Sering kali terjadi dalam kehidupan kita lupa untuk bertawakkal kepada Allah. Tawakkal membawa pengertian meletakkan pergantungan hanya kepada Allah serta berazam dengan berusaha. Fenomena yang terjadi dalam masyarakat kita ketika mana ditimpa dengan musibah kita jadi panic dan kelam kabut sehinggakan lupa untuk mengigati Allah. Kita lupa bahawa segala seesuatu itu adalah datangnya daripada Allah SWT, perkara yang baik adalah sebagai rahmat dan musibah itu juga rahmat yang menguji kemampuan dan tahap keyakinan serta keimanan seseorang kepada Allah.
Dalam kontek ini mengajar dan mendidik kita supaya sentiasa sabar dan bersyukur kepada Allah sekiranya kita mendapat ujian dan dugaan yang diberikan olehnya, tidak kira dalam keadaan suka mahupun berduka, kerana segala sesuatu itu adalah merupakan wacana yang telah ditetapkan oleh Allah sebagai komunikasi antara hamba terhadap penciptanya. Apabila kita selalu diuji dengan kesukaran, ini menandakan bahawa Allah sentiasa memerhatikan dan menguji spiritual seseorang. Adakah pengabdian serta pengakuan terhadap keimanannya kepada Allah benar-benar tulus atau pun hanya sekadar di bibir sahaja. Bila mana kita Berjaya melepasi ujian daripada Allah, Dia akan memberikan sesuatu yang kita sangka-sangka, sama ada berupa rezeki dan sebagainya.
Sebagai contohnya apabila kita ditimpa penyakit, kadagkala pergantungan kita hanya kepada ubat dan doktor smata-mata. Sedikit pun tidak pernah terlintas di dalam hati untuk menadahkan tangan meminta kepada Allah agar diberikan kesihatan. Hal ini disebutkan didalam Al-Quraan dalam surah Al-baqarah yang bermaksud “apabila kamu ditimpa dengan musibah, maka katakanlah sesuatu itu datangnya daripada Allah dan pasti kembali kepadanya.” Dan antara lain dalil yang disebutkan oleh Allah “apabila kamu telah berusaha maka bertawakkal kepada Allah.” Kedaan seumpama inilah yang dinamakan lupa untuk bertawakkal kepadanya. Dan apabila kita telah diberikan ksembuhan tidak sesekali kita bersyukur di atas kesembuhan yang diberikannya, malahan kita hanya beranggapan ubat dan dokter itulah yang memberikan kita kesembuhan. Keadaan dan situasi ini tanpa kita sedari adalah termasuk dalam perkra-perkara yang membatalkan iman. Hal ini disebutkan oleh Allah “sesungguhnya barang siapa yang mempercayai sesuatu selain daripada Allah, dia akan mendapat azab yang amat pedih.”
Oleh yang demikian marilah kita sama-sama bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan keimanan dan keyakinan kita kepada Allah tidak pernah goyang dan tersasar walau hanya seinci, kerana seinci itulah yang akan menyebabkan kita dicapakkan ke dalam azab Allah yang amat pedih. Justeru itu marilah kita sama-sama berdoa agar sentiasa diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian dan cabaran yang diberikan oleh Allah, dan kita bermohon agar kita tidak diuji dengan sesuatu yang diluar kemampuan kita insyallah. Allah itu maha pengasih, penyayang, pemerhati, penguji dan maha pemnberi rahmat untuk hamba-hambanya yang terpilih. Hamba yang hatinya tidak pernah sunyi dan bosan untuk sentiasa mengigati Allah walau dalam keadaan apa sekalipun.
Sunday, 29 May 2011
KITA LUPA BERTAWAKKAL
Posted by damjue at 22:36
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment