Dewasa ini umat manusia sentiasa terhidang dengan faedah-faedah yang berbentuk wang ringgit yang diberikan oleh pihak bank sebagai ganjaran dan hasil daripada simpanan yang telah dibuat di bank. Persoalan yang ingin saya timbulkan di sini adalah berkaitan dengan faedah tersebut. Adakah ianya halal atau haram untuk menjadi hak milik kita sebagai penyimpan?
Saya pernah membaca sebuah buku karangn DR.Yusuf Al-Qardawi ( FATWA MASA KINI) yang membincangkan berkaitan dengan faedah bank. Beliau menyatakan dan memfatwakan bahawa faedah bank adalah riba yang haram dan tidak boleh dimiliki oleh penyimpan tersebut. Beliau mengistinbadkan hukum haram kerana seorang penyimpan akan menyimpan duit di bank hanya sekadar untuk menyimpan dan bukan berniat menjadi rakan kongsi kepada bank dalam menjalankan urusan perniagaan. Sekiranya dia berniat menjadi rakan kongsi, dia berhak menerima keuntungan dan juga wajib untuknya menanggung kerugian yang sama sekiranya perniagaan bank tersebut mengalami kerugian atau bankrup dan muflis.
Persoalannya di sini, adakah seseorang penyimpan tidak menuntut duit yang disimpanya sekiranya bank tersebut mengalami kerugian, bankrup atau pun muflis? Tepuk dada tanyalah hati serta fikir-fikirkan. Kaedah perkongsian yang telah digariskan oleh Islam dalam sesebuah perniagaan adalah menerangkan bahawa seseorang yang menyumbangkan modal berhak menerima keuntungan dan juga berhak menanggung kerugian berdasarkan proses perniagaan yang dijalankan. Sekiranya keuntungan sedikit dia berkongsi pada yang sedikit sekiranya keuntugannya besar dia berkongsi pada yang besar dan sekiranya rugi di perlu menanggung kerugian yang sama dan tidak berhak mendapat apa-apa. Ini jelas menunjukkan bahawa kita hanya sebagai penyimpan bukan rakan kongsi kepada bank, dan ini juga jelas menunjukkan kepada kita bahawa kita terkeluar daripada syarat-syarat perkongsian yang dijelaskan oleh Islam.
Faedah bank juga tidak boleh digunakan untuk membayar zakat, tidak kira zakat fitrah mahupun zakat harta. Ini kerana ianya bukanlah hak milik yang sah dan halal untuk dimiliki oleh seorang penyimpan. Zakat perlu di bayar menggunakan harta yang sah dan halal hasil daripada pendapatan seseorang.
Sehubungan dengan itu kita sebagai umat Islam yang tahu dan yang telah mengetahui berkaitan dengan hal ini perlu mengambil tindakan supaya menjaga dan memelihara diri dan keluarga kita daripada makan, minum dan menggunakan harta daripada hasil yang haram dan mengambil harta daripada sesuatu yang bukan menjadi hak milik kita yang sah. Maka dengan itu seseorang perlu mengmbil tindakan dengan mengambil faedah tersebut dan mensedekahkannya kepada fakir miskin ataupun menyumbankannya kepada projek-projek sukarela dan seebagainya yang dirasakannya dapat memberi kebaikan kepada agama dan umatnya bagi membersihkan harta daripada sesuatu yang haram.
0 comments:
Post a Comment