"kanak-kanak diibaratkan sebagai kain putih bersih perlu dibentuk untuk mengenal dan mengetahui hakikat ketuhanan sebagai asas tauhid yang kukuh."
Diperingkat awal kanak-kanak, pengajaran dan pembacaan al-quran sememangnya digalakkan. Seseorang Sahabat Nabi SAW, Saad Ibn Aabi Waqas r.a meletakkan kepentingan mengajar al-quran kepada anak-anak sepertimana keutamaan peperangan menegakkan agama Allah. Pengajaran al-Quran kepada anak-anak melalui pembacaan adalah sebagai satu usaha menanamkan asas keimanan yang padu dalam jiwa mereka. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Setiap anak yang dilahirkan membawa fitrah beragama (percaya kepada Allah). Maka kedua-dua orang tuanya yang sebaliknya menjadikannya beragana Yahudi, Nasrani atau Majusi sebagaimana binatang yang melahirkan anaknya dalam keadaan sempurna tanpa sebarang kecatatan. Adakah kamu mendapati binatang dilahirkan dalam keadaan sama ada hidung, telinga atau mana-mana anggota terpotong?"
Antara kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Glenn Doman berkenaan pendidikan awal kanak-kanak didapati wujud beberapa perkara yang telah dikenal pasti oleh beliau iaitu:
1. kanak-kanak akan lebih gembira jika lebih banyak dan lebih cepat menerima pelajaran. Potensi kanak-kanak membaca sama sahaja dengan potensi bercakap.
2. kanak-kanak boleh bercakap dahulu kerana kanak-kanak lebih banyak menerima ransangan pendengaran percakapan.
3. ransangan mata dan telinga sama banyak diterima, pasti kanak-kanak akan dapat memebaca dan bercakap pada waktu yang sama. walaubagaimanapun ia bergantung kepada kaedah dan suasana pembelajaran.
4. IQ akan meningkat dengan pesat bila diransangkan dalam peringkat ini dan berkurangan pada peringkat seterusnya.
5. apa yang diperolehi semasa kecil, sangat sukar diperolehi apabila ia besar kelak.
6. pembelajaran pada masa akan datang juga terletak di atas apa yang didapati semasa kecil.
7. kanak-kanak yang cacat otak (akibat demam panas) masih boleh dirawat jika sel otaknya diransangkan sebelum umur persekolahan.
Berdasarkan pelbagai kajian pakar dan para ilmuwan, ibu bapa perlu memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan seawal mungkin. khususnya pembelajaran al-quran. Para ibubapa juga hendaklah memahami proses pembelajaran si manja yang berkesan seperti melalui ransangan, belaian, sentuhan dan sebagainya. Interaksi antara ibu bapa dan anak juga merupakan faktor utama ynag membantu melahirkan anak pintar serta berkebolehan membaca al-quran seawal mungkin. lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka, lebih bagis untuk perkembangan si anak. Ramai anak yang cerdas dan pintar didapati mempunyai ibubapa yang prihatin terhadap keperluan anak dan sering meluangkan masa untuk berinteraksi dengan mereka. Melalui kenyatan di atas, dapat kita lihat betapa penting dan utamanya peranan ibu bapa dalam mentarbiah anak-anak khususnya menerusi pengajaran al-Quran.
0 comments:
Post a Comment